HartanahMalaysia.info secara amnya adalah sebuah portal komuniti social marketplace yang menemukan semua usahawan pemaju hartanah dan bakal usahawan pemaju hartanah yang berminat samada telah mempunyai projek hartanah atau belum; pemain-pemain “support industry”di kalangan perkhidmatan perunding professional, pengurusan projek, kewangan dan jualan; kontraktor, peguam; dan pelanggan iaitu pembeli-pembeli hartanah, penyewa dan pengguna perkhidmatan perniagaan hartanah.

HartanahMalaysia juga adalah sebuah platform mencerna pemikiran kreatif bagi mengadaptasi teknologi I.T dan digital dalam produk-produk hartanah termasuk mencari ilham merekabentuk sumber pembiayaan perlaksanaan projek menerusi kaedah Crowdfunding, pelaburan emas dan lain-lain yang dijangka mengubah landskap perniagaan pemajuan hartanah amnya.

Misi dan Visi

Adalah untuk meramaikan lagi Usahawan Pemaju Hartanah yang berskala kecil dan sederhana (SME) agar dapat mengseimbangkan pilihan-pilihan produk hartanah di Malaysia dengan mengadakan bengkel, seminar dan tutorial online;

  1. Menjadi ruang perbincangan, panduan dan nasihat dari Pemaju-pemaju hartanah yang berpengalaman secara ‘hands on’ dan bukan sahaja dari sudut akademik untuk membantu dan memandu bakal-bakal usahawan menjadi wibawa dan berdaya saing;
  2. Menjadi media bagi mengetahui teknologi pembangunan hartanah terbaru, projek-projek baru dilancarkan, dasar dan polisi kerajaan pusat dan negeri serta pihak-pihak berkuasa tempatan;
  3. Mengetahui tentang skim pembiayaan projek terbaru, dana-dana pembangunan hartanah dari pihak-pihak kerajaan dan swasta;
  4. Menjadi ruang marketplace untuk mempamer produk-produk hartanah seperti jual-beli tanah, rumah, bangunan, tapak niaga dan lain-lain  secara pengiklanan listing, pemasaran social media, mencari investor untuk menjalankan projek secara Joint Venture dan ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam dan luarnegara.