Dengan ini dinyatakan bahawa AMAYA DIGITAL VENTURES (002533916-M) atau ADV yang berdaftar di Malaysia adalah pemilik eksklusif bagi nama domain http://hartanahmalaysia.info (atau selepas ini dinyatakan sebagai HartanahMalaysia atau Portal ini) dan segala yang berkaitan dengan portal ini dan termasuk semua bentuk terbitannya. Dengan mengakses mana-mana bahagian dalam portal ini, pengguna dianggap sebagai telah menerima terma dan syarat di bawah sepenuhnya.

Akses kepada portal ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat serta Penafian yang terdapat di dalam mana-mana bahagian di dalam portal ini, termasuk Privacy Policy dan lain-lain terma dan syarat yang telah dipersetujui antara Pengguna (User) dan ADV atau HartanahMalaysia. ADV mempunyai hak mutlak sepenuhnya pada bila-bila masa yang difikirkan atau dimahukan, untuk mengubah, menambah dan memadam terma dan syarat-syarat ini.

Kategori Pengguna (User Categories)

  1. Semua Pengguna adalah dianggap sebagai Member User. Bagi user yang ingin menjadi menaiktaraf keahlian kepada Premium Partner (PP), beliau hendaklah menghantar email kepada admin@hartanahmalaysia.info dengan menekan klik di sini.
  2. Premium Partner adalah terdiri dari kalangan individu dan/atau Usahawan Pemaju Hartanah, Perunding Professional, Syarikat Pengurusan, Agen Hartanah dan Komisi Am, Kontraktor dan Investor. Pendaftaran PP hendaklah dibuat oleh wakil syarikat yang mempunyai kuasa selayaknya dengan membuatnya di registration page di sini.  Admin HartanahMalaysia mempunyai kuasa veto untuk menolak sebarang pendaftaran samada bersebab atau pun tidak;

Faedah atau benefit kepada Users

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh HartanahMalaysia adalah berkonsepkan FREEMIUM.

Penyertaan sebagai Pengguna (user) adalah percuma (tidak perlu berdaftar) dan anda boleh melawati semua halaman dalam portal ini. Namun apabila hendak membuat listing, pengguna hendaklah membuat pendaftaran (register) di sini sebagai Free User. Pendaftaran user adalah percuma.

Pengguna Free User akan menikmati satu kali peluang membuat listing produk hartanah dalam tempoh masa sebulan atau 30 hari dan tidak lebih dari 6 listing setahun. Free user juga tidak boleh menikmati beberapa faedah menggunakan perkhidmatan HartanahMalaysia seperti khidmat viral social marketing, membuat poster jualan untuk social media dan lain-lain yang akan diberitahu kemudian.

Free User yang hendak menaiktaraf keahlian (membership upgrade) menjadi user PP,  ianya juga adalah percuma tetapi akan tetapi menikmati beberapa faedah perkhidmatan dari HartanahMalaysia terutamanya boleh membuat ‘bulk listing’ dan tiada had listing.

Tambahan dari itu, User PP mendapat faedah untuk ditemuramah di TvHartanahMalaysia, membuat Pakej perancangan pemasaran social media bersama HartanahMalaysia, review skim projek hartanah dan produk-produk hartanah lain.Logo-logo syarikat SP ini akan diletakkan di laman-laman HartanahMalaysia dan/atau di mana-mana tempat yang sesuai dan link ke laman web/blog/socialmedia akan diberikan secara percuma kepada mana-mana pengguna User SP yang menyertai pakej TvHartanahMalaysia ini.

Pemilik-pemilik syarikat User PP juga akan dipertimbangkan untuk memberi penerangan projek dan syarikat dalam mana-mana bengkel, seminar dan tutorial sebagai sumbangan social komuniti sejajar dengan hasrat HartanahMalaysia. Pakej-pakej lain akan disiapkan tidak lama lagi.

Terma dan Syarat Am

Terma dan syarat ini meliputi kemasukan, penggunaan, hak-hak dan tanggungjawab anda apabila memasuki dan/atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan dalam portal ini.

Dengan memasuki portal ini dengan membuat klik pada button registration, maka adalah dengan itu anda mengiktiraf dan bersetuju bahawa anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, dan bahawa terma dan syarat ini melambangkan perjanjian di antara anda, para pelanggan dan pihak kami untuk penggunaan dan kemasukan ke dalam portal ini.

Terma dan syarat yang terkini ini sekaligus menggantikan apa-apa terma dan syarat yang anda mungkin pernah terima atau terbaca melalui portal ini. Sekiranya anda tidak bersetuju terhadap terma dan syarat ini, sila tamatkan sesi anda di dalam laman web ini dan/atau perkhidmatannya. Penerusan penggunaan dan/atau kemasukan anda ke dalam laman web dan/atau perkhidmatannya akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap terma dan syarat yang terkini ini.

Terma Berkaitan

Tajuk dan pendahuluan yang digunakan di dalam terma dan syarat ini adalah untuk rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak seharusnya dianggap sebagai interpretasi mahupun penstrukturan terma dan syarat ini.

Pihak kami berhak untuk mempelbagaikan, meminda atau menambah kepada mana-mana peruntukan yang terdapat di dalam terma dan syarat ini dengan memberi notis yang dianggap sesuai oleh pihak kami dari semasa ke semasa. Sepertimana juga anda juga boleh melihat terma dan syarat yang dipinda apabila memasuki laman web ini dan penggunaan perkhidmatan di dalam laman web ini selepas pindaan yang dibuat melambangkan penerimaan anda kepada kepelbagaian, pindaan atau penambahan yang dibuat.

Sekiranya sebarang peruntukan di dalam terma dan syarat ini didapati haram ataupun tidak sah di bawah undang-undang sediakala mahupun undang-undang yang akan dilaksanakan, peruntukan ini adalah dipisahkan dan terma dan syarat ini akan dianggap seperti peruntukan ini tidak pernah termasuk di dalam terma dan syarat ini dan peruntukan yang selebihnya di dalam terma dan syarat ini akan terus berkuatkuasa dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang didapati haram ataupun tidak sah ataupun pemutusan daripada terma dan syarat ini.

Hakcipta Terpelihara

Hakcipta HartanahMalaysia.com – Marketplace Untuk Usahawan Hartanah atau PropertiPreneurs Marketplace boleh diakses melalui URL “HartanahMalaysia.info” dan kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan ADV kecuali dinyatakan sebaliknya.

Produk-produk lain seperti logo, foto dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam portal ini adalah kepunyaan ADV atau organisasi yang disebutkan, yang dikongsi atau gunakan dalam laman web ini.

Semua bahan berbentuk artikel dan gambar di laman web HartanahMalaysia TIDAK dibenarkan untuk disalin, dicetak,  diubahsuai, diterbitkan semula, muat naik, dihantar melalui email, melalui pos, risalah atau diedarkan kepada khalayak ramai untuk sebarang tujuan tanpa mendapat persetujuan nyata dan bertulis daripada ADV.

Penafian (Disclaimer)

Penggunaan laman web HartanahMalaysia adalah atas risiko pengguna semata-mata. Walaupun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, HartanahMalaysia dan ADV tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab pada sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Pautan

HartanahMalaysia dari masa kesemasa menyediakan pautan kepada laman web lain untuk membantu anda mencari maklumat mengenai topik lain yang mungkin berkaitan. HartanahMalaysia tidak menjamin ketepatan maklumat yang disediakan dalam laman yang dipautkan. Apa jua maklumat, bahan atau kandungan yang dirujuk kepada atau dipautkan dari laman web ini disediakan tanpa pernyataan atau waranti atau sokongan oleh HartanahMalaysia dan mahupun dari ADV.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas anda. Sekiranya maklumat yang diperlukan tiada terdapat di dalam muka surat ini, majukan sebarang pertanyaan kepada kami melalui email ini; tanya [@] hartanahMalaysia.info (buang tanda [ ] dan rapatkan perkataan).

Garis Panduan Listing Pengiklanan dan Pemameran

Iklan, listing dan info yang dilarang untuk dipamerkan di website ini:

Kami mempunyai Garis Panduan yang perlu dipatuhi oleh semua users samada  yang beriklan di dalam website ini. Users hendaklah mematuhi Garis Panduan ini jika tidak info perniagaan anda tidak akan dipamerkan serta berkemungkinan keahlian anda akan diblok. Ini bagi melindungi keselamatan dan kenyamanan pengguna-pengguna lain.

Hanya listing iklan, listing tawaran produk dan perkhidmatan dan info berkenaan hartanah sahaja yang akan dibenarkan menyertai website ini. Walaupun begitu, iklan-iklan tersebut hendaklah memenuhi garis-panduan yang telah ditetapkan dan perkara-perkara di bawah adalah dilarang diiklankan:

  • Berunsur Perkauman;
  • Berunsur Politik;
  • Berunsur Lucah;
  • Berunsur Menyentuh Sensitiviti Peribadi sesebuah Agama;
  • Dadah, Ganja, Heroin, Tembakau dan seumpamanya;
  • Memohon Derma atau sebarang Sumbangan (kecuali dibenarkan secara bertulis oleh admin HartanahMalaysia;
  • Minuman Beralkohol  (Apa sahaja minuman yang memabukkan);
  • Pelacuran, Perjudian dan Permerdagangan Manusia;
  • Senjata;
  • Skim Cepat Kaya, Piramid dll.
  • Simpanan Wang Sistem ‘Kutu’;
  • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kematian dan khayal;
  • Gambar-gambar lelaki atau wanita yang boleh menimbulkan sebarang kontroversi;
  • Tidak menyalahi fakta-fakta Sejarah;
  • Tidak mengilustrasikan gambar-gambar para Nabi, Malaikat serta memperwatakkan gambar-gambar tersebut;
  • Produk dan Perkhidmatan yang dimiliki oleh pihak lain.

Apa sahaja produk dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang negara tidak dibenarkan beriklan dan berinfo di website ini. Sebarang kelanggaran  adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Kepada semua pelanggan dan pengguna sila pastikan anda berhati-hati ketika membuat transaksi. Pastikan semua transaksi dibuat menerusi pihak payment gateway yang dilantik oleh pihak ADV yang disediakan di dalam portal ini. Jangan membuat sebarang bayaran jika diminta oleh pihak pengiklan listing dan HartanahMelayu dan/atau ADV tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian jika didapati User dan pengiklan listing telah menjalankan transaksi di luar dari portal ini.

Walaubagaimana pun HartanahMalaysia akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan semua users dan listing pengiklanan yang tersenarai di website ini mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Tiada Kerjasama

HartanahMalaysia tidak membantu anda menjual/ mempromosi/memasarkan produk/ servis anda melainkan anda menempah pakej-pakej promosi yang ditawarkan oleh HartanahMalaysia dan ADV menerusi user PP. HartanahMalaysia hanya meletakkan info berkenaan produk dan perkhidmatan ke dalam paparan website ini.  Sebagai pengguna individu atau member user, kami tidak menuntut sebarang komisen ke atas jualan produk dan perkhidmatan perniagaan anda untuk setiap jualan/ transaksi yang dilakukan. Sebanyak mana pun jualan yang dilakukan itu adalah hak milik penjual dan HartanahMalaysia tidak berhak ke atasnya, melainkan anda berhasrat membuat saguhati atas khidmat yang kami berikan, sila buat urusan tersebut menerusi admin@hartanahmalaysia.info dan jika ianya melibatkan saguhati kewangan, sila salurkan kepada Paypal atau payment gateway atas nama Amaya Digital Ventures dan email amayadigitalventures@gmail.com

Urusan Pembayaran

Kepada semua pembeli, anda dinasihatkan untuk berurusan dengan penjual yang betul dan menepati ciri-ciri sebagai penjual yang tulus. Kenalpasti nama sebenar penjual, nombor telefon untuk dihubungi, alamat premis jualan dan terma bayaran yang dipersetujui secara bersama.  Kami menasihati semua pelanggan lebih berhati-hati supaya tidak tertipu.

Kepada semua pengguna yang mengiklan atau mempromosi produk-produk hartanah, kami menasihatkan anda menjalankan urusan jual beli dengan ikhlas dan jujur serta menepati citarasa pelanggan anda. Semoga anda berjaya. Sila patuhi syarat-syarat promosi produk dan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPDNKK, KDN dan SKMM.

Kami tidak bertanggungjawab di atas segala urusan yang berlaku.

Had-Had Tanggungan/Liabiliti

Anda secara langsung memahami dan bersetuju bahawa pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan-kerosakan yang berlaku secara langsung, tidak langsung, kebetulan, unik dan akibat, termasuk namun tidak terhad kepada kerosakan seperti kerugian kewangan, kepercayaan atau kerugian-kerugian secara tidak langsung yang disebabkan oleh yang berikut:

  1. Penggunaan portal mahupun tidak dapat menggunakan portal;
  2. Kos barang, maklumat dan/atau perkhidmatan gantian yang ditanggung akibat urusniaga-urusniaga atau mesej-mesej yang diterima di dalam portal ini;
  3. Kemasukan yang terlarang/tidak dibenarkan atau sebarang pertukaran kepada penghantaran atau maklumat-maklumat;
  4. Kenyataan atau perbuatan yang dilakukan oleh pihak ketiga di dalam portal; atau
  5. Sebarang hal atau isu berkenaan dengan portal ini dan pautan-pautannya.

Jaminan Perlindungan

Anda dengan jelas bersetuju untuk melindungi dan mengelakkan kami dari HartanahMalaysia dan ADV daripada sebarang tanggungan/liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran perundangan yang mungkin dikenakan kepada kami sama ada berkaitan, atau hasil daripada yang berikut:

  1. Penggunaan ataupun penyalah gunaan anda di dalam laman web ini dan segala perkhidmatan-perkhidmatannya; atau
  2. Pelanggaran anda terhadap terma dan syarat ini pada bila-bila masa; atau
  3. Apa-apa tuntutan oleh pihak ketiga ke atas kami yang disebabkan oleh pelanggaran anda terhadap hak-hak intelek ataupun hak-hak pemilikan ketika penggunaan anda di dalam laman web ini.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013. Ia mengawal pemprosesan dan penyimpanan data peribadi dalam transaksi komersial dan yang berkaitan.

Salah satu ciri yang penting untuk pihak kami memberi keutamaan adalah dengan memastikan kebenaran anda untuk menyediakan data peribadi kepada pihak kami yang diperolehi. Oleh itu, anda juga perlu jelas mengenai jenis data peribadi yang pihak kami perolehi daripada anda dan ini tidak boleh menjadikannya wajib mahupun sukarela. Sebelum itu, pihak kami juga akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesulitan data peribadi anda dengan sewajarnya.

Pihak kami akan memastikan bahawa data peribadi yang telah disimpan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskinikan. Anda mempunyai hak untuk memohon akses dan / atau meminda atau membuat pembetulan kepada data peribadi anda selepas ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Support

Sila emailkan semua pertanyaan anda jika menghadapi masalah atau apa saja urusan ke admin@hartanahmalaysia.info

Terima kasih

Tarikh Akhir Kemaskini: 2